Salam para pelajar,
Seperti yang telah dimaklumkan, kita akan mengadakan aktiviti penulisan kolaboratif untuk latihan karangan minggu ini.
Untuk langkah pertama, kita akan melakukan penulisan bebas. Untuk latihan ini, cikgu akan berikan satu topik. Tugas awak adalah untuk menulis apa-apa sahaja yang dapat awak fikirkan tentang topik yang diberikan. Oleh kerana ini adalah penulisan bebas, saya berharap awak dapat melontarkan idea-idea yang menarik tanpa rasa tersekat.
Baiklah, topik untuk latihan ini adalah 'Hujan'.
Saya perlukan awak untuk mencatatkan 10 hingga 15 perkataan atau frasa yang boleh awak kaitkan dengan 'Hujan'.
Untuk menyumbang pada ruang ini, awak boleh klik butang 'Ulasan' dan menaikmuatkan sumbangan anda.
Selamat Menulis! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan