Halaman

Ahad, 10 Oktober 2010

Arahan.


Setelah perbincangan di dalam kelas tadi, saya percaya setiap seorang telah mendapat satu gambar daripada gambar bersiri tersebut.

Di bawah adalah senarai arahan yang harus kamu patuhi untuk membantu awak dengan aktiviti penulisan kolaboratif yang akan dijalankan ini.

Hari Pertama:
1) Daftar masuk ke blog dan klik butang 'New Post' untuk membuat kemasukan baharu. Naikmuatkan gambar yang telah awak pilih. Tajuk kemasukan awak harus seperti berikut:
'Kumpulan 01 - Gambar 01' bagi anggota kumpulan 1 yang akan membuat gambar 1.
'Kumpulan 01 - Gambar 02' bagi anggota kumpulan 1 yang akan membuat gambar 2.
'Kumpulan 04 - Gambar 03' bagi anggota kumpulan 4 yang akan membuat gambar 3.
Dan seterusnya bagi kumpulan yang lain.

2) Tugas awak adalah untuk mengeluarkan seberapa banyak kosa kata atau frasa mengenai gambar tersebut. Kemudian, bina sebuah perenggan berkaitan gambar tersebut dengan menggunakan kosa kata atau frasa yang telah awak senaraikan.

3) Anggota lain harus memberi maklum balas atau komen pada kerja rakan supaya rakan tersebut dapat membina idea dan mengembangkan jalan ceritanya.
(Contoh: Pelajar 3 akan memberi komen tentang kerja pelajar 1,2 dan 4.)

4) Setelah sesi maklum balas, para pelajar harus membuat pengubahsuaian pada perenggan masing-masing berdasarkan maklum balas yang telah diberikan.

5) Kemudian, naikmuatkan perenggan yang telah diubahsuai itu ke blog tersebut. Awak hanya perlu klik butang 'Edit Post' dan menaipkan perenggan yang baharu. Jangan membuat kemasukan baharu atau memadamkan perenggan yang lama.

Hari Kedua:
1) Bagi gambar yang terakhir (gambar tanda tanya), setiap anggota kumpulan harus lukiskan penghujung cerita awak sendiri. "Scan" dan muatnaikkan lukisan tersebut serta ringkasan penghujung cerita ke blog ini.
Buat kemasukan baharu untuk gambar yang ini. Bagi tajuk kemasukannya pula, ianya harus berbentuk begini:
'Kumpulan 01 - Gambar 04a', 'Kumpulan 01 - Gambar 04b' dan seterusnya bagi kumpulan 1.
'Kumpulan 02 - Gambar 04a', 'Kumpulan 02 - Gambar 04b' dan seterusnya bagi kumpulan 2.
Dan seterusnya bagi kumpulan lain.

2) Anggota lain harus memberi maklum balas atau komen pada kerja rakan untuk menolong rakan tersebut mengembangkan lagi idea bagi penghujung ceritanya.

3) Bicang secara kumpulan dan tentukan gambar siapakah yang akan digunakan untuk penghujung cerita.

4) Pelajar yang lukisannya telah terpilih harus menulis penghujung cerita dan menaikmuatkannya di blog ini. Pelajar tersebut hanya perlu mengedit kemasukannya.

Hari Ketiga:
1) Ketua kumpulan akan menyatukan kesemua perenggan bagi karangan ini dan menyusun mengikut jalan cerita.

2) Setelah itu, ketua kumpulan harus menaikmuatkan cerita tersebut ke ruang ulasan blog ini. Buat kemasukan baharu untuk tugasan yang ini.

3) Kumpulan lain akan membaca hasil karangan dan memberikan maklum balas yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan